Kami mendapat produk kami daripada pembekal yang mahir membuat kuih.Bahan-bahan yang digunakan di dalam produk ini juga adalah bahan-bahan yang segar.
Kami menawarkan pelbagai produk iaitu kuih yang bermusim.
Kami mendapat idea ini melalui konsep 1 Malaysia.Oleh kerana Malaysia mempunyai pelbagai perayaan, maka produk yang kami tawarkan adalah amat bersesuaian dengan masyarakat Malaysia yang majmuk dan berbilang kaum. Produk Seasoncookies juga amatlah bersesuaian kerana perayaan di Malaysia adalah bermusim.
Produk yang kami tawarkan adalah sesuai untuk semua perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, dan Perayaan Krismas.
Selain itu, produk kami juga boleh dijadikan sebagai buah tangan dimana pelanggan boleh membelinya dan menghadiahkan kepada orang lain. Bagi pelancong-pelancong yang berkunjung di Sabah, secara tidak langsung apabila mereka membeli produk ini sebagai buah tangan di negara mereka, ia sekaligus dapat mengkomersialkan produk ini dan memperluaskan perniagaan ini.